fb fb fb fb fb

Warga emas putih mata, simpanan RM291,200 habis buat modal niaga tidak wujud

FOTO RTM

KUALA TERENGGANU, 27 September- Seorang warga emas berusia 71 tahun rugi hampir RM300,000 selepas terpedaya tawaran kerja sambilan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli  Mohd  Nor berkata kejadian berlaku  22 Ogos lalu kira-kira pukul 9.44 malam di Kuala Terengganu.

Mangsa pada tarikh dinyatakan telah berminat menambah pendapatan dengan melakukan kerja sambilan dalam talian setelah ditawarkan kenalannya yang hanya dikenali melalui laman Facebook. 

Namun dia perlu mengeluarkan modal bagi barangan yang hendak dijual dan dijanjikan akan menerima kembali wang modal beserta komisyen 15 peratus selepas sebulan.

Pengadu telah membuat 14 kali pembayaran ke akaun Maybank, Hong Leong bank, Bank Islam, dan UOB bank  dengan jumlah keseluruhan RM291,200 menggunakan wang simpanannya.

Bagaimanapun mangsa tidak menerima kembali wangnya berserta komisyen yang dijanjikan tetapi masih diminta untuk membuat bayaran lain. 

Merasakan dirinya diperdaya mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu petang semalam.

Kes disiasat bawah  Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE