GEORGE TOWN, 3 Januari- Seorang lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis syabu dan heroin di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad memaklumkan penahanan lelaki berusia 39 tahun tersebut beserta rampasan dadah bernilai RM204,000.
Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek postif dadah serta mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah.
Suspek kini direman selama tujuh hari.
Tambah Datuk Hamzah, hasil risikan mendapati sindiket dipercayai aktif sejak September tahun lalu.
Kes disiasat bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.