fb fb fb fb fb

Tawar khidmat seks, sembilan wanita warga asing dicekup

Foto Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka

MELAKA, 1 Ogos - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menangkap sembilan wanita warga asing dalam tiga serbuan berasingan di tigahotel bajet sekitar Taman Melaka Raya malam tadi, selepas dikesan menawarkan perkhidmatan seks.

Mereka yang ditahan masing-masing tiga wanita warga Vietnam, Indonesia dan Thailand berusia antara 25 hingga 37 tahun.

Pengarahnya Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, turut ditahan ialah pekerja premis iaitu seorang lelaki warga tempatan dan seorang lelaki Bangladesh.

Serbuan bermula pukul 10.15 malam itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat orang awam mengenai kegiatan perkhidmatan seks ditawar wanita warga asing menggunakan aplikasi WeChat.

"Bayaran dikenakan antara RM250 hingga RM350 kepada pelanggan mengikut pakej.

"Serbuan turut merampas beberapa telefon bimbit yang digunakan untuk urus niaga, kondom, pil pencegah hamil dan pakaian yang diperagakan bagi menarik pelanggan," kata Anirwan menerusi satu kenyataan.

Secara keseluruhan seramai 24 orang termasuk pelanggan warga asing dan warga tempatan diperiksa dalam serbuan.

Enam saman turut dikeluarkan kepada pengurus hotel dan pelanggan yang terlibat untuk hadir ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa JIM Melaka bagi membantu siasatan.

Kesalahan disiasat bawah Seksyen 6 (1)(c ) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan atau permit kerja dengan bekerja secara tidak sah.

TETITIA YUSOFF