fb fb fb fb fb

SPRM buka siasatan berhubung pelaburan Khazanah dan PNB dalam perniagaan fesyen

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 2 November- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam satu kenyataan memberitahu, siasatan itu penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam.

"SPRM memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan secara adil dan profesional.

"Orang ramai diminta memberi ruang untuk siasatan dilakukan serta mengelakkan spekulasi dan 'perbicaraan awam' terhadap pihak yang terbabit," katanya dalam kenyataan tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE