fb fb fb fb fb

Sindiket tipu kutipan derma 'online' tumpas - Polis

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Sindiket penipuan kutipan derma dalam talian tumpas dengan penahanan 55 individu warga tempatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid menjelaskan, sindiket itu menipu individu atau syarikat untuk menghulurkan derma kepada beberapa badan kebajikan.

"Dalam serbuan ini, dirampas 58 unit komputer riba, 126 telefon bimbit, 108 buah buku resit, dua set modem router.

"(Turut dirampas) skrip dan rakaman perbualan dengan mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul di sini.

Allaudeen berkata, sindiket berkenaan turut mengiklankan derma kebajikan melalui laman sosial Facebook untuk meraih simpati.

Kutipan derma itu akan disalurkan ke beberapa akaun persatuan dan ahli sindiket menerima imbuhan sebanyak 10 hingga 20 peratus daripada nilai kutipan.

Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti nilai kerugian serta pihak yang bersubahat dengan sindiket terbabit.

Kesemua suspek direman hingga 8 Oktober ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

(Allaudeen Abdul Majid)

Media Baharu