PADANG BESAR, 10 Januari - Polis Padang Besar Perlis berjaya mematahkan sindiket menyediakan perkhidmatan menguruskan pergerakkan keluar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mempunyai masalah seperti dokumen dan sebagainya.
Mereka juga mengenakan bayaran hingga RM900 bagi setiap PATI sebagai upah menyeludup keluar golongan itu.
Hasil risikan pihak polis, berjaya menahan dua individu dipercayai tekong dan pemandu warga asing serta lima PATI berasal dari negara jiran.
Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak dua tahun lalu manakala dua suspek berkenaan telah menetap di negera jiran sejak empat tahun lalu.
"B1 itu menerima arahan daripada tekong untuk mengambil lima lelaki warganegara asing daripada negera jiran untuk dihantar balik ke negara asal, dia telah berada di Padang Besar tetapi untuk di hantar balik ke negara asal.
"Mereka bukan dibawa masuk tetapi tetapi dihantar balik ke negara asal, suspek utama tekong ini berperanan menguruskan lima lelaki warga asing ini dan berhubung dengan susek yang berada di negara jiran," kata Mohd Shokri.
Beliau berkata demikian dalam satu siding media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perlis.
Dua suspek itu direman selama 28 hari bawah seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan Langkah Langkah khas 2012 SOSMA.
Manakala lima PATI berkenaan direman 14 hari mengikut Akta Imegresen bagi membantu siasatan.