fb fb fb fb fb

Rangka manusia ditemukan di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass

Foto Hiasan / RTM

KUALA LUMPUR, 25 September- Polis Hulu Selangor mengesahkan telah menerima laporan mengenai penemuan rangka manusia di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass.

Polis Hulu Selangor menjelaskan bahawa siasatan awal mendapati rangka tersebut ditemukan oleh seorang lelaki tempatan yang sedang mencari barangan lama dan besi sebelum terhidu bau busuk di kawasan berkenaan.

Polis kini sedang meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

"Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

"Jika didapati bersalah, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali," menurut kenyataan tersebut.

Polis turut menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 bagi membantu siasatan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM