fb fb fb fb fb

Polis siasat kes gaduh di Genting Highlands

Tangkap layar video tular kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki di Genting Highlands

KUALA LUMPUR, 11 Julai - Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di sebuah pusat beli-belah di Genting Highlands, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden, Zaiham Mohd Kahar berkata, klip video kejadian itu yang berdurasi 55 saat tular di beberapa platform media sosial.

Beliau berkata, susulan itu dua laporan polis mengenai pergaduhan itu diterima pada 11.49 pagi dan 12.50 tengah hari tadi.

1107 PHG GADUH GENTING HIGHLANDS 3Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden, Zaiham Mohd Kahar - Foto FB IPD Bentong

"Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek-suspek yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memohon kerjasama daripada mana-mana pihak yang terlibat untuk tampil membantu siasatan.

Orang ramai dimohon supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian, memandangkan kes masih dalam siasatan pihak polis.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK