fb fb fb fb fb

Polis siasat dakwaan kewujudan pusat kuarantin GISBH

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR, 28 September - Polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan wujudnya pusat kuarantin Global Ikhwan Sdn Bhd (GISBH) di beberapa lokasi dalam dan luar negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pusat kuarantin ini dipercayai merupakan tempat indoktrinasi dan penderaan mental terhadap ahli-ahli GISBH yang bermasalah.

"Dalam satu lagi perkembangan lain, PDRM juga sedang menjalankan siasatan ke atas maklumat yang dimuat naik melalui akaun Facebook Pusat Kajian Ajaran Sesat (Pukas).

"Polis juga membuka 10 kertas siasatan di bawah seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

"Ia berdasarkan hasil laporan polis berhubung isu buruh paksa yang diterima daripada beberapa individu yang pernah bekerja dengan syarikat GISBH," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selain itu, Razarudin juga berkata PDRM sedang giat mengesan aset-aset yang dikaitkan atau dimiliki oleh GISBH bagi membantu siasatan.

BERITA BERKAITAN:

GRACE AISYAH KEDAYAN