fb fb fb fb fb

Polis Pontian cekup wanita bersama sejumlah dadah, baru tiga bulan jadi tokan

FOTO IPD PONTIAN

PONTIAN, 30 September- Polis mengesahkan penahanan seorang tokan dadah wanita dalam Ops Tapis di sekitar bandar Benut, Pontian petang kelmarin..

Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, suspek berumur 24 tahun itu ditahan bersama dadah jenis Heroin seberat 56.70 gram, serta syabu 24.80 gram dianggarkan bernilai RM4,145.

Jelas Mohammad Shofee, modus operandi suspek adalah menjadikan sekitar bandar Benut dan Pontian untuk mengedar dadah sejak Jun lalu.

Hasil saringan suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

Dadah yang dirampas dalam operasi tersebut dianggarkan boleh digunakan seramai 407 penagih.

Saspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

30069 DADAH PONTIANFOTO IPD PONTIAN

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE