fb fb fb fb fb

Polis siasat dakwaan gadis dipaksa jadi pelacur lunaskan hutang bapa

Tangkap layar video di aplikasi TikTok yang memaparkan perbualan hos dan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi bersama seorang pemanggil wanita mendakwa dirinya dijadikan sebagai pelacur bagi melunaskan hutang bapanya

GEORGE TOWN, 30 September- Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang gadis dijadikan pelacur oleh sindiket ah long untuk melunaskan hutang bapanya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, bagaimanapun pihaknya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut berhubung kes tersebut berikutan masih dalam siasatan.

“Kita buat laporan berhubung dakwaan itu dan siasatan sedang dijalankan,” katanya kepada media.

Semalam, tular satu video pod cast di aplikasi TikTok berdurasi enam minit 45 saat yang memaparkan perbualan hos dan Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi bersama seorang pemanggil wanita.

Mangsa, mendakwa bapanya yang sudah bercerai dengan ibu, berhutang dengan jumlah RM20,000 dan gagal melunaskannya.

Wanita itu kemudian dipaksa bekerja dengan ah long terbabit sejak Februari lalu di Pulau Pinang sebagai perempuan simpanan tanpa diberi gaji.

Mangsa yang berada dalam ketakutan memohon kepada supaya dia diselamatkan sebelum panggilan itu terputus.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE