fb fb fb fb fb

Pesara tentera direman bantu siasatan cubaan bunuh polis

Suspek di bawa ke Mahkamah Majistret Kangar

KANGAR, 2 Oktober- Dua lelaki termasuk seorang pesara Tentera direman hingga 5 Oktober ini bagi membantu siasatan cubaan membunuh anggota polis di Jalan Arau-Kangar berhampiran Taman Jejawi Permai, Jumaat lalu.

Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 6.10 petang semalam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret untuk perintah reman.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi dalam kenyataan berkata, kedua-dua suspek beralamat di Taman Ria, Sungai Petani ditahan kira-kira 6.10 petang semalam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar untuk perintah reman.

Siasatan awal mendapati salah seorang suspek merupakan bekas Tentera, menyewa kenderaan utiliti sukan (SUV) yang digunakan dalam kejadian cubaan membunuh berkenaan.

Manakala seorang lagi suspek bekerja sebagai mekanik mengaku telah memandu dan melarikan diri menggunakan kenderaan jenis kompak ketika kejadian, mempunyai 20 rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai kes.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi pada 27 September lalu, empat suspek berusia lingkungan 20 hingga 34 tahun ditahan ketika cuba mencuri kabel telekomunikasi milik Telekom Malaysia (TM).

Anggota polis melepaskan lima das tembakan ke arah kenderaan berkenaan untuk mempertahankan diri selepas kenderaan suspek cuba merempuh anggota operasi dan melarikan diri.

Polis masih mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai turut terlibat dengan keenam-enam suspek yang ditahan.

Kes disiasat bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan membunuh dan Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana ⁠khianat dengan membencanakan kabel.

Trainee2