fb fb fb fb fb

Permohonan Muhyiddin dapatkan sementara pasport ditolak

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 3 Oktober- Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan sementara pasport antarabangsanya ke Uzbekistan bagi menyambut ulang tahun perkahwinan.

Hakim Azura Alwi mendapati alasan pemohon tidak wajar dan menjelaskan pemohon tidak dihalang menjalani kehidupan serta meraikan keraian di dalam negara.

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin berkata tiada risiko anak guamnya untuk melarikan diri kerana ahli keluarganya berada di Malaysia

Beliau juga tidak pernah gagal hadir ke mahkamah dan memberi kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan.

Bagaimanapun pihak pendakwa raya membantah dengan menyatakan kesalahan dipertuduhkan terhadap pemohon adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin seperti mana dikemukakan pihak saksi.

Terdahulu Muhyiddin, 77, didakwa menggunakan kedudukan beliau sebagai perdana menteri ketika itu untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat bagi BERSATU.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE