fb fb fb fb fb

Penyelia rugi lebih RM1 juta terpedaya tawaran perniagaan di TikTok

Ketua Polis Johor, Datuk M.Kumar

JOHOR BAHRU, 28 September- Seorang penyelia wanita rugi, RM1 juta gara-gara terpedaya dengan tawaran perniagaan melalui TikTok, dua bulan lalu. 

Ketua Polis Johor, Datuk M.Kumar menerusi kenyataannya berkata, mangsa berusia 47 tahun itu dipercayai telah berkenalan dengan seorang individu di TikTok sebelum menawarkan mangsa berniaga di aplikasi TikTok Mall.

"Mangsa kemudiannya dijanjikan keuntungan 20 sehingga 30 peratus setelah pelanggan membuat bayaran.

"Selepas percaya jumlah pesanan jualan yang semakin meningkat, mangsa membuat beberapa transaksi bayaran berjumlah RM1 juta ke pelbagai akaun diberikan suspek, pada akhir Julai sehingga awal September," katanya.

Menurut M.Kumar, sehingga kini mangsa tidak menerima kembali bayaran dan keuntungan dijanjikan dan dipercayai ditipu setelah suspek gagal dihubungi. 

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

ZEHRA BINTI ZAMBRI