fb fb fb fb fb

Peniaga kedai makan terlepas hukuman mati diganti penjara 35 tahun

Mahkamah Tinggi Kota Bharu, di sini hari ini menggantikan hukuman mati kepada penjara 35 tahun terhadap seorang peniaga warung kerana membunuh pengutip besi buruk di Terengganu, sembilan tahun lalu

KOTA BHARU, 17 April - Mahkamah Tinggi Kota Bharu, di sini hari ini menggantikan hukuman mati kepada penjara 35 tahun terhadap seorang peniaga warung kerana membunuh pengutip besi buruk di Terengganu, sembilan tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara menggantikan hukuman mati terhadap Mohamad Zulkifli Ismail, 59 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Mei 2018.

Tun Tengku Maimun yang bersidang bersama Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan dalam pernyataannya berkata, hukuman penjara 35 tahun berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 7 Disember 2015.

Mohamad Zulkifli pernah mengemukakan rayuan pada 25 Oktober 2021, namun Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan serta hukuman.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN