fb fb fb fb fb

Pasangan kekasih berdepan tali gantung edar lebih 14kg dadah

FOTO RTM

JOHOR BAHRU, 7 Januari- Pasangan kekasih berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan mengedar lebih 14 kilogram dadah, pada Disember lalu.

Tertuduh, Cheng Ee Fei, 32 tahun, dan teman wanitanya, Chan Pei Een, 34 tahun, bagaimanapun hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan dihadapan dihadapan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Mereka didakwa secara bersama, mengedar dadah berbahaya jenis MDMA, anggaran berat 14.42 kg, pada 28 Disember lalu. 

Kesalahan dilakukan di dalam sebuah kereta di tepi Jalan Persiaran Mutiara Mas, Skudai, Johor Bahru, Johor, pada 12.30 tengah malam.

Dalam prosiding sama, Ee Fei dan Pei Een turut berdepan dua pertuduhan memiliki 24.58 gram dadah ketamin dan 2.75 gram Metafetamin. 

Kesalahan itu dilakukan di lokasi, masa dan waktu yang sama.

Namun, pasangan kekasih itu membuat pengakuan tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan. 

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, dibaca bersama Seksyen 39B (2) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Latif, manakala tertuduh masing-masing tidak diwakili peguam.

Tiada jaminan ditawarkan dan kes disebut semula 7 Mac depan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE