fb fb fb fb fb

Op Tapis: Polis Sarawak rampas 136 gram ganja

Foto FB PDRM Bintulu

BINTULU, 4 April- Empat lelaki dan seorang wanita warga tempatan ditahan selepas didapati terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di kawasan Kampung Baru, Bintulu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata sebanyak 136 gram dadah disyaki jenis ganja turut dirampas menerusi Op Tapis itu.

"Mereka berusia antara 21 hingga 58 tahun.

"Hasil ujian saringan awal polis mendapati seorang suspek positif dadah jenis THC (‘delta-9-tetra hydrocannabinol’) manakala yang lain negatif dadah.

"Siasatan awal dipercayai dadah tersebut diedarkan di kawasan sekitar Bintulu yang mana boleh digunakan untuk 136 orang penagih," katanya menerusi kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hasil tangkapan tersebut merupakan salah satu usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, selain mencegah aktiviti jenayah di kawasan Bintulu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM