fb fb fb fb fb

Mayat wanita dengan kesan tembakan ditemukan di Durian Burung

PDRM

ALOR SETAR, 21 Julai- Mayat seorang wanita dengan kesan tembakan pada bahagian badan ditemukan di kawasan Durian Burung, Padang Terap, Kedah, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mulkiaman Manzar berkata, mayat wanita dipercayai warga Thailand berusia lingkungan 30-an itu ditemukan oleh orang awam di tepi jalan lama di kawasan berkenaan.

"Kita terima laporan berhubung penemuan itu pada pukul 7.00 malam.

"Sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian dan menemukan mayat wanita itu dengan kesan tembakan di bahagian badan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SITI AISHAH MD ISA