fb fb fb fb fb

MAQIS Melaka patahkan cubaan seludup cili segar tanpa permit

Cubaan seludup cili segar tanpa permit import sah menggunakan laluan penumpang feri ketika pemeriksaan penumpang dari Indonesia di Terminal Feri Antarabangsa ICQS Melaka

MELAKA, 25 April - Cubaan seludup cili segar tanpa permit import sah menggunakan laluan penumpang feri digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Barangan tersebut ditemukan ketika pemeriksaan penumpang dari Indonesia di Terminal Feri Antarabangsa ICQS, di sini.

MAQIS memaklumkan, tindakan penguatkuasaan diambil bagi mengawal kemasukan variasi benih dan serangga perosak yang boleh merosakkan industri pertanian negara.

"Perbuatan mengimport sebarang jenis hasil pertanian tanpa Permit Import MAQIS merupakan kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011," kata MAQIS menerusi kenyataan.

Tambah MAQIS, jika tidak dibendung ianya boleh menyebabkan pengusaha tanaman pertanian mengalami kerugian jika terdapat penyakit bawaan yang tidak terkawal.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN