fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Mahkamah bebaskan lima sekawan atas tuduhan bunuh remaja pada 2017

GEORGE TOWN, 3 Oktober- Lima individu terlepas hukuman dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini atas dakwaan membunuh seorang remaja pada 2017.

Kelima-lima individu itu dituduh mencederakan dan membunuh remaja lelaki T. Nhaveen 18 tahun, di Jalan Kaki Bukit, Bukit Gelugor antara pukul 11 malam dan tengah malam pada 9 Jun 2017.

Hakim Mahkamah Tinggi, Radzi Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kelima-lima tertuduh pada peringkat akhir kes pendakwaan..

Mereka terdiri daripada adik-beradik S. Gopinath, dan S. Gokulan, serta J. Ragesuthan, V. Sharmah dan K. Tatisan.

Mangsa dilaporkan telah dipukul dan meninggal dunia beberapa hari kemudian akibat mati otak.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Azhar Hamzah.

Sharmah diwakili peguam Manveer Singh Dhillon, manakala Gokulan, Gopinath dan Ragesuthen diwakili Datuk Naran Singh.

Sementara itu, Tatisan diwakili peguam S Yagoo.