KLUANG, 17 November – Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan insiden merusuh yang menyebabkan dua individu cedera dalam kejadian di sebuah premis hiburan di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Bahrin Mohd Noh berkata kejadian kira-kira 1.30 pagi itu berlaku apabila dua mangsa berusia 22 dan 26 tahun diserang sekumpulan individu tidak dikenali ketika berada di premis berkenaan.
"Bertindak atas laporan, polis melancarkan Op Cantas sebelum menahan semua suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun pada 10 malam hari sama.
“Hasil semakan mendapati tiga daripada lima suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.