fb fb fb fb fb

Lima lagi mayat bot karam, ditemukan

12 mangsa maut ditemukan, setakat ini / Foto RTM

LANGKAWI, 10 November - Operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand, menemukan lima lagi mayat.

Sekali gus menjadikan 12 mangsa maut, manakala 13 lagi selamat ditemukan, sejak operasi dilancarkan.

Kenyataan Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa memaklumkan, penemuan pertama melibatkan mayat seorang kanak-kanak ditemukan Maritim Malaysia, kira-kira dua batu nautika barat daya Tanjung Belua.

“Mayat mangsa kedua yang merupakan seorang lelaki, ditemukan terapung di laut oleh aset milik TLDM sebelum dibawa ke jeti Maritim Malaysia dan diserah kepada pihak polis.

"Manakala mayat ketiga, keempat dan kelima masing-masing ditemukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira tiga batu nautika barat laut Pulau Rebak Besar, aset KD Ledang milik TLDM dan Bot PSC 20 Pasukan Polis Marin (PPM).

CARILAMAT ditangguhkan pada 7.30 malam tadi dan operasi disambung esok.

FAUZIAH ABD RAHMAN