JOHOR BAHRU, 5 Disember- Seorang lelaki warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan menculik seorang remaja perempuan senegara pada 24 November lalu.
Tertuduh, Huang Xiaonan, 24, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret R. Salini.
Mengikut kertas pertuduhan, Huang didakwa menculik remaja tersebut dengan niat untuk mengurung mangsa, 15, secara rahsia pada pukul 4.08 petang di sebuah hotel di Jalan Station, di sini.
Majistret tidak membenarkan tertuduh dijamin dan menetapkan 27 Januari 2025 untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen, mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan, sementara tertuduh diwakili oleh peguam, Goh Poh Gek.