fb fb fb fb fb

Kilang plastik terbakar

Kebakaran berjaya dikawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan / Foto RTM

PUNCAK ALAM, 13 Disember - Sebuah kilang plastik dekat Taman Industri Alam Jaya, terbakar, pagi tadi dan berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Kenyataan Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor mengesahkan telah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.53 pagi.

Kebakaran melibatkan sebuah kilang plastik berkeluasan kira-kira 200 x 300 kaki persegi.

Operasi melibatkan kekuatan 35 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Kapar, Kota Anggerik, Rawang, Batu Arang dan Petaling Jaya yang diketuai PBK II (KUP) Kamarul Anuar Isnawan.

Kebakaran berjaya dikawal dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca insiden masih dalam siasatan.

FAUZIAH ABD RAHMAN