fb fb fb fb fb

Kes simbah cat: Empat lelaki ditahan di Pulau Pinang

Foto RTM

GEORGE TOWN, 11 Mei- Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki disyaki terlibat dalam kes khianat simbah cat di beberapa premis perumahan sekitar negeri itu, menerusi operasi terhadap sindiket along, semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad.

Operasi mendapati kesemua mereka terlibat aktif dalam kegiatan itu; melibatkan pinjaman wang tanpa lesen, sindiket along tempatan serta dalam talian.

"Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 34 hingga 42 tahun ditahan menerusi serbuan berasingan sekitar Pulau Pinang.

"Polis turut merampas beberapa barang kes; antaranya, sebuah kereta, lima unit telefon bimbit, tiga keping nota ugutan bayaran hutang serta sebuah tin cat berwarna merah.

"Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek mengaku terlibat dalam 33 kes simbah cat melibatkan tiga negeri, iaitu Pulau Pinang, Perak dan Kedah," katanya menerusi kenyataan.

Pemeriksaan lanjut terhadap telefon bimbit yang dirampas turut menemukan 33 alamat sasaran lokasi perbuatan terbabit, dipercayai dilakukan di lokasi berasingan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM