fb fb fb fb fb

Kes Nur Farah: Operasi pencarian barang peribadi mangsa dan bahan bukti ditangguh

Keadaan air sungai keruh dan deras membahayakan operasi

SLIM RIVER, 19 Julai- Operasi pencarian barang peribadi dan bahan bukti berkaitan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di Sungai Trolak, Kampung Batu 4 terpaksa ditangguhkan. 

Ini berikutan tinjauan Pasukan Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik PDRM mendapati keadaan air sungai keruh dan deras berisiko membahayakan operasi. 

Mereka tiba di lokasi kira-kira pukul 11.15 pagi dengan menaiki dua kenderaan pacuan empat roda. 

Selain paras air sungai naik lebih 1 meter akibat hujan awal pagi tadi, mereka turut mengambil kira keadaan dan struktur sungai yang mempunyai sisa kayu, tidak selamat untuk pasukan penyelam bagi meneruskan operasi pencarian. 

Lebih 10 pengamal media berkumpul di lokasi sejak 9.00 pagi untuk mendapatkan perkembangan operasi pencarian tersebut selepas beg tangan mangsa dijumpai kira-kira 270 meter di kawasan sungai itu pada Rabu lalu. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE