fb fb fb fb fb

Kertas siasatan 10 suspek kes lelaki Israel dirujuk ke AGC, minggu ini

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa

KUALA LUMPUR, 30 April- Kertas siasatan membabitkan penahanan 10 suspek yang dipercayai berkait dengan kes lelaki warga Israel akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu ini.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata ia bagi membincangkan keputusan tindakan lanjut kepada suspek yang terlibat.

"Saya telah beritahu ada tiga keputusan, sama ada kita tuduh, tuduh bila kita ada bukti, kita bebas bila tiada bukti atau kita usir untuk yang warga asing", katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Kuala Lumpur.

Tambahnya, kesemua suspek masih ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sehingga 14 Mei ini, manakala bagi suspek warga asing hingga 15 Mei.

Terdahulu, seramai 10 individu ditahan bagi membantu siasatan terhadap kes lelaki Israel yang mempunyai senjata api dan peluru hidup pada 27 Mac lalu.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

ROSLINA BINTI DIN