fb fb fb fb fb

Kerani bank didakwa salah guna wang RM12,000

FOTO RTM

JOHOR BAHRU, 28 Mac– Seorang kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM12,000 tahun lalu.

Tertuduh, Mohammad Julaihi Jaya, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan curangnya menyalahgunakan wang berjumlah RM10,000 dan RM2,000 milik seorang wanita di sebuah bank di Johor Bahru pada 4 Januari serta 26 Februari 2024.

Kes dikendalikan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan boleh mencecah lima tahun, sebatan, serta denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, R. Navina, mewakili pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 20 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen, dengan jaminan RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE