KUALA LUMPUR, 2 Disember - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kes kematian kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia, Syamsul Haris Shamsudin, kini disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menerusi kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, siasatan diteruskan bagi mengenal pasti individu yang terlibat atau bertanggungjawab sebelum kertas siasatan dirujuk semula kepada Jabatan Peguam Negara mengikut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau memaklumkan bahawa siasatan awal bermula pada 28 Julai 2025 sebagai siasatan mati mengejut oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Johor.
Kes itu kemudian diambil alih sepenuhnya oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada 27 Ogos 2025, selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan keluarga si mati untuk penggalian semula dan bedah siasat kali kedua.
Pada 2 Disember 2025, PDRM telah menyerahkan hasil siasatan kepada Jabatan Peguam Negara, yang seterusnya mengarahkan supaya kes diklasifikasikan sebagai membunuh orang.
Orang ramai turut diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes terbabit bagi menghormati prinsip keadilan jenayah serta memberi ruang kepada pihak polis melengkapkan siasatan.
ARTIKEL BERKAITAN:
-
- Siasatan kematian Syamsul Haris diklasifikasikan bawah Seksyen 302
- Siasatan kes kematian kadet Palapes, Syamsul Haris masih berjalan - AGC
- Tiada sentuhan fizikal jurulatih dengan Syamsul Haris
- Gali kubur selesai, bedah siasat mayat Syamsul Haris dilakukan esok
- Kes kematian Allahyarham Syamsul Haris, KPT janji beri kerjasama penuh