KUALA LUMPUR, 27 November - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit 1 Kuala Lumpur merampas minuman keras dan beras basmathi yang cuba diseludup masuk ke negara ini.
Nilai rampasan dan duti dilaporkan berjumlah lebih RM2.09 juta.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail, berkata rampasan dilakukan dalam tiga serbuan berasingan di Pelabuhan Klang, Jalan Tun H. S. Lee dan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya, Selangor.
Pemeriksaan pada serbuan pertama di Pelabuhan Klang, menemukan produk makanan disyaki beras putih jenis basmathi seberat 15,390 kilogram dengan anggaran nilai RM227,000.
Serbuan kedua dilakukan ke atas sebuah premis di Jalan Tun H.S. Lee pada 7 Oktober lalu membabitkan rampasan 3,000 liter minuman keras jenis 'hard liquor'.
Seterusnya, pada 26 Oktober lepas, sejumlah minuman keras pelbagai jenama disyaki tidak berkastam dirampas melalui serbuan di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Balakong Jaya.