fb fb fb fb fb

JIM Johor tahan 110 warga asing tiada permit sah, tinggal lebih masa

Foto: FB Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 31 Julai- Seramai 110 warga asing dan seorang majikan tempatan diberkas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menerusi Ops Bersama di sekitar negeri itu, pada 28 hingga 30 Julai lalu.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rushdi Mohd Darus berkata mereka yang ditahan berumur antara 17 hingga 65 tahun.

"Mereka terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia, Filipina, Pakistan, Myanmar, Kemboja, India dan Nepal.

"Antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak memiliki permit khas kemasukan ke negara, tinggal lebih masa dan salah guna pas lawatan sosial," katanya.

Mohd Rushdi berkata seramai 791 warga asing telah diperiksa manakala 13 notis hadir ke pejabat turut dikeluarkan sepanjang operasi.

Ujarnya, seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun, yang disyaki sebagai pengurus sumber manusia di sebuah kilang ditahan kerana disyaki melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15 (1)(c), Peraturan 11 (7)(a) peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 56(1)(d) AKta Imigresen 1959/63.

ZEHRA BINTI ZAMBRI