Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak ke-16 sambung keterangan

KOTA KINABALU, 21 Oktober – Saksi kanak-kanak ke-16 yang juga merupakan saksi ke-25 dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan 1, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, hari ini menyambung keterangannya di Mahkamah Koroner di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Saksi kanak-kanak ke-16 sambung beri keterangan di Mahkamah Koroner, ditemani ibunya dan diperiksa secara tertutup.
  • Prosiding dijalankan di bawah Koroner Amir Shah Amir Hassan dengan barisan peguam mengemukakan soalan.
  • Prosiding dijangka menampilkan saksi kanak-kanak baharu — saksi ke-17 — yang akan memberi keterangan nanti.
  • Tarikh perbicaraan ditetapkan 8–19 Disember 2025; PTCM turut melibatkan lima pesalah kanak-kanak dalam kes celaan.

Saksi berkenaan, mula memberi keterangan pada Khamis lalu, hadir ditemani ibunya dan masih menjawab soalan diajukan barisan peguam dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Menurut pasukan pegawai pengendali kes yang dihubungi RTM, prosiding hari ini turut dijangka menampilkan seorang saksi kanak-kanak baharu – saksi kanak-kanak ke-17, yang juga merupakan saksi ke-26 keseluruhan prosiding inkues.

Sementara itu, minggu lalu turut berlangsung pengurusan kes praperbicaraan (PTCM) melibatkan lima pesalah kanak-kanak yang dituduh mencela Allahyarham Zara, masing-masing dikenali sebagai Pelajar A, B, C, D dan E dalam prosiding inkues.

Hakim Elsie Primus menetapkan tarikh perbicaraan kes itu berlangsung dari 8 hingga 19 Disember 2025, berbanding jadual asal antara 9 hingga 20 Disember 2025.