fb fb fb fb fb

Imigresen Johor tahan 114 warga asing dalam serbuan di pasar raya

Foto FB JIM Johor

JOHOR BAHRU, 11 Disember - Seramai 114 warga asing diberkas Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Johor menerusi Ops Belanja dan Ops Selera di sebuah pasar raya di Tampoi, di sini. Serbuan dilakukan pada 8 Disember lalu.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata seramai 228 warga asing dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Pakistan, Nepal, India, Thailand termasuk warga tempatan telah diperiksa.

"Seramai 51 lelaki warga Myanmar, 34 lelaki dan lapan perempuan warga Indonesia, 10 lelaki warga Bangladesh, Lapan lelaki warga Nepal dan tiga lelaki warga India telah ditahan. Mereka yang ditahan adalah dalam linkungan umur 19 hingga 58 tahun. Operasi ini adalah hasil risikan selama seminggu setelah menerima aduan awam," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah Baharuddin, kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah melakukan kesalahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa, menyalahgunakan pas lawatan sosial dan melanggar syarat-syarat pas yang ditetapkan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)( c ), Seksyen 15 (1)( c ), Peraturan 11(7)(a) dan Peraturan 39(b) Peraturan peraturan Imigresen 1963. Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN