KOTA BHARU, 27 September- Empat beranak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) disambung reman selama tiga hari lagi bermula esok bagi membantu siasatan.
Majistret Rais Imran Hamid membenarkan permohonan polis untuk menyambung tempoh reman kesemua suspek lelaki berusia antara 15 hingga 45 tahun itu di Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini hari ini.
Siasatan terhadap kesemua mereka dijalankan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Sebelum ini polis menyerbu kediaman pimpinan dan pengikut GISBH di Kampung Panji pada 21 September lalu dan menemukan puluhan buku yang ditanam di tepi sungai Pengkalan Datu di sini serta membawa lebih 30 individu termasuk isteri kedua kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH untuk saringan.
Pada 24 September lalu, rumah amal dan sekolah milik GISBH di Gong Kulim, Pasir Puteh turut diserbu oleh Polis Kelantan dan menemui pelbagai jenis buku berkaitan Aurad Muhammadiah dan Al-Arqam yang disembunyikan dalam stor di rumah amal terbabit.
BERITA BERKAITAN
- GISBH: 19 premis di Kota Bharu ditutup
- Polis serbu tiga rumah keluarga CEO GISBH di Kelantan
- GISBH: Siasatan diperhebat di Sabah, Sarawak
- Premis milik GISBH di lima daerah di Johor diserbu- Exco
- Polis tahan lima individu, rampas dua kenderaan ada lambang GISBH di Bukit Kayu Hitam
- JAIPs dan PDRM rampas 63 barangan berkaitan GISBH dalam dua siri serbuan di Perlis
- Kedai GISBH di Terengganu banyak ditutup