fb fb fb fb fb

Edar dadah : Polis cekup tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar di Muar

FOTO IPD MUAR

MUAR, 20 November- Tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar ditahan di Muar Johor, 16 November lalu dipercayai terlibat dalam kes pengedaran dadah.

Kesemua mereka ditahan pada pukul 10.30 malam di tepi Jalan Muafakat, Kampung Temiang Bukit Treh.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata tangkapan berkenaan dibuat berdasarkan maklumat yang diterima oleh polis.

Hasil siasatan mendapati, mereka  aktif sejak September lalu dan motif sindiket untuk mengedar dadah jenis Ganja yang diambil dari negara jiran untuk disalurkan ke kawasan Muar, Johor dan Melaka.

Saringan air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah tetrahydrocannabinol (ganja) dan salah seorang daripada mereka positif methamphetamine (syabu).

Turut dirampas, ganja seberat 11.5 kilogram, sebuah kereta yang digunakan untuk melakukan sindiket, sepucuk senjata api dan lain-lain dengan nilai keseluruhan RM80,000.

Mereka direman selama tujuh hari sehingga 23 November bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata (Penalti Lebih Berat)1971.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE