fb fb fb fb fb

Curi kereta, polis Sentul tangkap empat suspek dalam Op Lejang

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Polis Daerah Sentul berjaya membuat rampasan dan tangkapan seorang lelaki warga tempatan bersama tiga orang lelaki warga asing melalui Op Lejang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pihaknya berjaya merampas empat rangka kenderaan dan 15 bongkah enjin pelbagai jenis dengan nilai rampasan sekitar RM83,000.

"Kenderaan ini akan dicuri, selepas itu akan diuruskan oleh seorang lelaki cina warga tempatan yang akan merungkai bahagian-bahagian kereta seterusnya akan dijual ke bengkel- bengkel yang berminat.

Nilainya boleh mencecah antara RM5,000 hingga RM7,000 mengikut jenis kenderaan tersebut," kata Allaudeen kepada pemberita, hari ini.

Semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan direman Polis Daerah Serdang sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

Jelasnya, dalang utama ialah Liew Chin Kang, 42 tahun, sedang diburu dan dipercayai masih berada di dalam negara.

Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan curi kenderaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh menghubungi Bilik Gerakan Polis Sentul di talian 03-40482222.

(Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid)

Media Baharu