PUTRAJAYA, 29 November -Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri dan ahli perniagaan yang terkait kes tohmahan pemberian rasuah di Sabah tiba di Mahkamah Putrajaya sekitar pukul 9:02 pagi tadi.
Permohonan reman terhadap kedua-dua individu tersebut akan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.
Ketika tiba di kompleks mahkamah, ahli perniagaan tersebut kelihatan beremosi sambil melaungkan beberapa perkataan sebelum dibawa masuk oleh pegawai pengiring.
Terdahulu, kedua-dua individu tiba di kompleks mahkamah dengan mengenakan pakai lokap berwarna oren dan diiringi pegawai SPRM.