fb fb fb fb fb

Bayi lapan bulan maut tertinggal 10 jam di dalam kereta

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas disyaki ditinggalkan ibunya di dalam kereta selama hampir 10 jam, di parkir Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Cheras semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin menerusi satu kenyataan berkata dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, ibu mangsa, seorang doktor di hospital terbabit membawa bayi itu untuk dihantar ke taska.

"Mangsa diletakkan di bahagian belakang penumpang sebelah kiri kereta untuk dihantar ke taska tetapi ibu bayi berkenaan terus ke tempat kerja dengan anggapan mangsa telah pun dihantar ke taska.

"Ibu mangsa hanya menyedari anaknya masih berada dalam kereta pada petang hari yang sama selepas dimaklumkan oleh suaminya bahawa mangsa tidak dihantar ke taska," katanya dalam kenyataan tersebut.

Zam Halim berkata mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik disahkan meninggal dunia pada pukul 5.53 petang hari yang sama oleh pegawai perubatan HCTM.

Beliau berkata keterangan daripada ibu mangsa akan diambil selepas selesai urusan pengebumian.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak.

(Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin)

Media Baharu