fb fb fb fb fb

3 lelaki samun peniaga wanita di R&R dicekup

Samun peniaga wanita di R&R, tiga lelaki dicekup menerusi Ops Cantas

KLUANG, 7 Mei - Tiga lelaki berusia 19 hingga 23 tahun disyaki terlibat kes samun Ahad lalu dicekup dalam serbuan berasingan antara 1 hingga 2.30 pagi semalam di sekitar Johor Bahru menerusi Ops Cantas

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata kejadian samun disyaki berlaku pada 12:30 malam di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Arah Utara Simpang Renggam.

Mangsa seorang peniaga wanita, mengalami kerugian RM1,200

Beliau berkata, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pertama dan suspek kedua mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah.
 
Manakala, suspek ketiga tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

Kesemua suspek direman enam hari sehingga 11 Mei ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN