fb fb fb fb fb

21,441 kes jenayah komersial direkod, kerugian lebih RM1.7 bilion

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 September – Sebanyak 21,441 kes jenayah komersial dengan kerugian melebihi RM1.7 bilion direkodkan sehingga 22 September, bersamaan purata 81 kes dan kerugian harian hampir RM6.7 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata jumlah kes menurun 11 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu yang mencatatkan 23,958 kes.

"Dari aspek jumlah pertuduhan pula, 48 peratus atau 10,198 kertas siasatan telah dituduh setakat tahun ini. Peratusan pertuduhan ini adalah lebih tinggi berbanding tempoh sama 2023 yang mencatatkan jumlah 43 peratus bersamaan 10,224 dari keseluruhan kertas siasatan yang dibuka pada tempoh terrsebut," katanya pada Sidang media mingguan JSJK di Ibu negara.

Penurunan kes ini, katanya, adalah petanda positif terhadap kesedaran masyarakat mengenai jenayah komersil.

"PDRM akan terus melipatgandakan usaha membanteras jenayah ini bagi mencapai impak yang lebih optimum," tambah Ramli.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN