fb fb fb fb fb

1MDB: SPRM mohon dapatkan dokumen siasat rasuah, wang haram dua peguam

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 16 Oktober- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon untuk mendapatkan dokumen daripada dua peguam yang disyaki menerima rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan proses penyelesaian di antara Kerajaan Malaysia dengan Ambank serta Goldman Sachs berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM selaku pemohon memfailkan dua permohonan secara berasingan di Mahkamah Tinggi di sini pada 11 Oktober lepas, dengan menamakan Chetan Jethwani dan firma guamannya, Chetan Jethwani & Co serta peguam Rosli Dahlan dan Rosli Dahlan Saravana Partnership sebagai responden.

Chetan merupakan peguam kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes sivil manakala Rosli mewakili bekas Perdana Menteri itu dalam kes berkaitan projek Jana Wibawa.

Menerusi dokumen yang diperoleh media, SPRM memohon dua responden masing-masing mengemukakan  10 dokumen antaranya surat pelantikan sebagai peguam Goldman Sachs (Chetan) dan 1MDB (Rosli), penyata akaun serta akaun syarikat dan dokumen itu diperlukan SPRM untuk mengenal pasti pelantikan kedua-dua responden sebagai peguam Goldman Sachs dan 1MDB dalam urusan penyelesaian dengan pihak Kerajaan Malaysia berkaitan1MDB. 

Berdasarkan afidavit kedua-dua permohonan itu, Pegawai Penyiasat SPRM Mohamad Sabri Mohd Latif berkata siasatan sedang dijalankan terhadap dua responden itu di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

(FOTO HIASAN)

Media Baharu