MAFI sasar 958,000 tan metrik pengeluaran sektor akuakultur menjelang 2030
KOTA BHARU, 14 Februari - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarkan 958,000 tan metrik pengeluaran sektor akuakultur menjelang 2030.
Timbalan Menteri MAFI II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ia merangkumi pengeluaran sektor akuakultur marin, akuakultur air tawar dan rumpai laut.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan mengunakan pendekatan 'pro-business environment' agar pembangunan sektor akuakultur dapat dipacu melalui penglibatan sektor swasta.
Strategi lain seperti meningkatkan produktiviti sistem ternakan sedia ada serta mengalakkan pembangunan projek akuakultur baru dalam skala kecil dan sederhana secara berkelompok.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Lawatan Kerja Ke Kolam Ternakan Ikan Air Tawar Di Kota Bharu.
Mengulas lanjut, beliau berkata bekalan makanan mencukupi bagi menampung keperluan rakyat walau dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan PKP 2.0.
- Written by Media Baharu
- Category: Teknologi
- Hits: 1192