Wednesday, 8 February 2023

 

177 PEDi dijangka mula beroperasi hujung tahun ini - Annuar

KOTA BHARU, 7 November- Proses perolehan dan tender bagi membina 177 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) baharu di seluruh negara telah selesai.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, kesemua PEDi tambahan berkenaan dijangka akan memulakan operasi masing-masing menjelang hujung tahun ini.

Beliau berkata beberapa syarikat juga telah disenarai pendek untuk urusan tender bagi projek tersebut.

“Saya difahamkan dua atau tiga syarikat telah disenarai pendek dan terpulang kepada Jawatankuasa Perolehan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), untuk melantik satu atau dua daripada syarikat berkenaan.

“Dijangkakan peruntukan hampir RM300 juta diperlukan untuk membina dan mengoperasikan PEDi baharu ini,” katanya pada sidang media selepas hadir Majlis Bersama Komuniti PEDi di Kampung Kadok Dalam, di sini hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa

Tambah beliau sebanyak RM50 juta disediakan kepada SKMM tahun depan bagi memperbanyak aktiviti bersama masyarakat selain menyediakan peranti–peranti komuniti yang mencukupi.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Teknologi
  • Hits: 1193