Sunday, 24 January 2021

updated 11:37 AM UTC, Jan 24, 2021

MARDI lancar tiga produk inovasi makanan dan minuman

PASIR PUTEH, 31 Disember - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) melancarkan tiga produk inovasi makanan dan minuman termasuk Lof Surimi Berdaging yang mengandungi protein dan karbohidrat yang lebih tinggi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dato Che Abdullah Mat Nawi memberitahu dua lagi produk yang dilancarkan MARDI masing-masing burger ikan dan kopi pracampuran ekstrak pegaga.

Teknologi inovasi makanan dan minuman bernilai RM600,000 dihasilkan MARDI melalui penyelidikan selama satu hingga tiga tahun.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah memperuntukkan RM46 juta tahun ini kepada MARDI bagi tujuan penyelidikan.

Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Produk Inovasi Makanan MARDI di Pasir Puteh, Kelantan.

Pada majlis ini, empat usahawan kecil dan sederhana Kelantan dibawah program Rezeki Tani menerima geran peralatan berjumlah RM40,000.

Manakala enam usahawan di bawah Penjana B40 MARDI menerima geran peralatan berjumlah RM108,000.

Mengulas lanjut, Datuk Che Abdullah berkata, setakat ini lebih 530 usahawan dibangunkan MARDI telah mencapai pendapatan antara RM300,000 hingga RM5 juta.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Teknologi
  • Jumlah paparan: 184