Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

Sistem Digital TracAPM, perkongsian pintar saringan keselamatan

KAJANG, 25 Mac - Sistem Digital TracAPM, iaitu perkongsian pintar antara Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Nexgram Holdings (NEXGRAM) dilancarkan semalam.

Pelancaran sistem tersebut selari dengan inisiatif MyDigital kerajaan dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun APM ke-69, Tan Sri Muhyiddin turut merasmikan bangunan baharu Ibu Pejabat APM.

Sistem Digital TracAPM telah diuji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan digunapakai untuk proses saringan digital pelancongan.

Ia juga akan diguna untuk verifikasi pasport vaksin yang akan dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan negara lain.

Pegawai TracAPM akan berkhidmat di semua lokasi ketibaan masuk dan berhubung secara terus dengan Tracvirus yang mampu membaca dan verifikasi sijil kesihatan digital kemudahan melancong secara selamat, tepat dan mudah.

APM akan melaksanakan dan mengintegrasikan sistem digital TracAPM dengan Kementerian Luar Negara, Jabatan Imigresen, dan Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NADMA).

  • Written by Media Baharu
  • Category: Teknologi
  • Hits: 790