Sunday, 9 August 2020

updated 11:27 AM UTC, Aug 9, 2020

YouTube Uji Ciri Mesej Untuk Memastikan Orang Ramai Terus Menggunakan Applikasinya

 

San Francisco - YouTube sedang menguji satu ciri mesej dalam aplikasinya untuk telefon pintar supaya orang ramai boleh berkongsi dan membincangkan tentang perhal video tanpa applikasi lain dengan rakan-rakan atau keluarga mereka.

Ciri mesej itu diumumkan semalam pada mulanya hanya ditawarkan kepada segolongan kecil yang menggunakan iPhone atau peranti dengan perisian Android.

Jika semua berjalan lancar, mesej itu akan dikemaskinikan pada applikasi YouTube untuk semua orang yang menggunakan iphone atau telefon pintar Andriod.

YouTube sedang menyelidik sama ada ciri-ciri mesej ini akan menggalakkan pengguna untuk menghabiskan lebih banyak masa dalam applikasi video popularnya.

Ketika inii, orang biasanya menyambung puatan ke YouTube dengan menampalkan teks mesej melalui aplikasi mesej lain seperti Snapchat, Facebook Messenger dan WhatsApp.

Dengan adanya ciri mesej ini,pengguna boleh terus dengan applikasi YouTube dan tidak beralih ke aplikasi lain.

YouTube boleh menjana lebih banyak peluang untuk memaparkan iklan kepada lebih daripada 1 bilion orang yang menonton video pada perkhidmatannya.(AP)

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Teknologi
  • Jumlah paparan: 262