Arab Saudi hantar angkasawan wanita pertama tahun ini
- Written by Media Baharu
- Published in Teknologi

(Foto Twitter @saudispace)
RIYADH, 13 Februari- Arab Saudi akan menghantar angkasawan wanita pertama dalam menyertai misi angkasa lepas pada suky kedua tahun ini.
Rayyanah Barnawi akan menyertai rakan angkasawan, Ali Al-Qarni dan kru misi angkasa lepas AX-2 dalam misi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang bertujuan untuk memperkasa keupayaan negara dalam penerbangan angkasa manusia dan memperoleh manfaat daripada peluang yang ditawarkan oleh industri angkasa lepas.
Penerbangan ke angkasa lepas itu dijadual dilancarkan dari Amerika Syarikat.
Program Penerbangan Angkasa Manusia Arab Saudi turut melatih dua lagi angkasawan iaitu Mariam Fardous dan Ali AlGamdi mengenai semua keperluan misi.
Negara-negara Teluk baru-baru ini menunjukkan minat yang mendalam terhadap penerokaan angkasa lepas.
Pada Disember 2022, penjelajah angkasa, Emirati Rashid Rover berlepas ke bulan dengan kapal angkasa Jepun untuk perjalanan selama lima bulan.
September tahun lepas, Suruhanjaya Angkasa Arab Saudi melancarkan program angkasawannya bagi melayakkan kader negara itu terbang ke angkasa dalam jangka pendek dan jangka panjang dan mengambil bahagian dalam eksperimen saintifik, penyelidikan antarabangsa dan misi berkaitan angkasa lepas. -AFP
(Foto Twitter @saudispace)