Wednesday, 1 February 2023

 

Aplikasi Motorist Super App, mudahkan transaksi jual beli kereta terpakai

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR, 22 Disember- Motorist.my dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melancarkan satu aplikasi bagi memudahkan transaksi jual beli kereta terpakai dikenali Motorist Super App.

Aplikasi itu turut menawarkan perkhidmatan menyeluruh termasuk penyelenggaraan, insurans, cukai jalan selain fungsi menggalakkan tabiat memandu dengan selamat.

Menurut Pengurus Besar Teknologi Motorist Sdn Bhd, Martin Belson, dengan aplikasi ini, penjual kereta dan orang ramai dapat menjimatkan masa dari segi pengurusan, servis dan jualan kereta.

"Mereka boleh sertai platform ini dan kita bantu mereka dari segi menyediakan pelbagai kenderaan untuk mereka jual. Dari segi pembekal, kita menyediakan pelbagai jenis jenama kepada pembeli kereta yang kami yakin mempunyai kualiti dan selamat," kata Belson kepada pemberita RTM selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Motorist Super App dan MIROS di ibu negara.


(Pengurus Besar Teknologi Motorist Sdn Bhd, Martin Belson)

Syarikat ini menyasarkan untuk mempunyai kira-kira 100,000 pengguna berdaftar menjelang 2023 bagi memberi perkhidmatan kepada sekitar 15 peratus daripada jumlah pengguna jalan raya di Malaysia.

Ketika ini syarikat ini turut bekerjasama dengan beberapa pemain industri automotif termasuk syarikat insuran dan juga institut perbankan bagi memperluaskan fungsi aplikasinya.