Wednesday, 1 February 2023

 

China lancar satelit ujian baharu ke orbit

  • Published in Teknologi

(Foto Reuters)

WILAYAH GANSU, 8 Disember- China berjaya melancarkan sebuah satelit ujian terbaharu ke angkasa, semalam.

Satelit ujian Sistem Pertukaran Data VHF (VDES) itu dilancarkan dengan roket pembawa Kuaizhou-11 Y2 dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China di sini pada pukul 9.15 pagi.

Pusat pelancaran itu memberitahu, satelit berkenaan berjaya memasuki orbitnya.

Jelasnya, satelit itu akan digunakan khusus untuk ujian komunikasi dan pengesahan teknologi utama VDES serta sistem pengenalan automatik (AIS).

Menurut pusat pelancaran, misi terbaharu tersebut adalah misi penerbangan ke-23 roket Kuaizhou-11. - Reuters

(Foto Reuters)