Wednesday, 8 February 2023

 

Liputan 5G capai 33.2% kawasan berpenduduk

  • Published in Teknologi

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Sebanyak 1,070 daripada 3,518 tapak 5G telah siap dibina di kawasan liputan berpenduduk merangkumi Kuala Lumpur,Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Perak.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata liputan rangkaian 5G telah mencapai 33.2% di kawasan berpenduduk, setakat 30 September tahun ini.

"Liputan 5G ini telah diperluas ke Perlis, Pahang, Kelantan, dan ada tapak yang telah dibawa ke hadapan daripada rancangan asal pada 2023. Ia dibawa ke 2022," kata beliau dalam sidang media Laporan Suku Tahun Ketiga bagi tahun 2022 secara maya.

Rangkaian 5G telah dilancarkan pada Disember 2021 dan dijangka mencapai liputan populasi 37.9% menjelang akhir 2022.

(Liputan 5G capai 33.2% kawasan berpenduduk)